Tukan Icon View Kepada Extra Large di Windows 7

Di Windows 7 Explorer, mengubah pandangan thumbnails adalah mudah dengan hanya menekan butang Change Your View di explorer. Apa yang anda tidak perasan ia ada Extra Large View settings.

Tukar Butang View di Explorer

Di Windows Explorer dengan mudah anda boleh tekan butang Change You View untuk menukar icon dengan pandangan icon yang berbeza. Seperti gambar dibawah, menunjukkan saya sedang berada di mode view details dimana details memudahkan kita untuk melihat files yang ada.

Selepas menekan butang Change your view sekali, explorer menukar jenis pandangan ke Tiles. Tekan beberapa kali ia akan memberikan pandangan yang berbeza seperti Details, Tiles, Content, List, Large Icons, Medium Icons, and Small Icons.

Extra Large View

Kadar pandangan untuk Extra Large View tidak ada dengan hanya menekan butang Change your view. Untuk mendapatkan ia tekan butang More Option di sebelah kanan Change your view seperti gambar di bawah.

Pilih option yang paling atas sekali iaitu Extra Large Icons.





Contoh dibawah menunjukkan beberapa Default Wallpaper untuk Windows 7 dengan pandangan Extra Large View.

Tips ini boleh membantu untuk kita melihat gambar dengan lebih jelas.

Expanded Start Menu Item Di Windows 7

Daripada membuka ia satu persatu. Bukankah lebih baik kalau kita kembangkan lagi Start Menu untuk memudahkan kita mencari files. Disini saya akan tunjukkan bagaimana untuk kita kembangkan lagi Start Menu di Windows 7.

Mula mula, right click di taskbar Windows 7 dan pilih Properties.

Pilih Start Menu tab kemudian tekan butang Customize.


Pilih Display as a menu di bawah Control Panel, kemudian click OK.
  

Itu sahaja! Sekarang kalau anda gerakkan cursor mouse pada Control Panel, ia akan dikembangkan dan akan menunjukkan semua items di Control Panel.
 
Langkah yang sama juga jika anda inginkan Pictures dikembangkan pada Start Menu. Hanya pilih Display as a menu pada Properties dibawah Pictures.

Ini adalah contoh jika anda kembangkan Start Menu untuk Games.

Langkah ini berkesan digunakan pada Computer, Control Panel, Documents, Downloads, Games, Music, Personal folder, Pictures, Recorded TV, dan Videos pada Start Menu. Ia memudahkan anda untuk mencari files. Selamat mencuba.

Menambah "Open with Notepad" Pada Menu Right Click

Untuk memudahkan kita membukan unknown file extension. Tidak perlu memilih dari list of known applications untuk membuka file yang kita tidak tahu extension nya. Semudah right click dan open.

Cara-cara nya
Buka regedit.exe dengan menaip regedit.exe di kotak carian start menu ataupun di kotak run. Kemudian pergi ke key berikut:

HKEY_CLASSES_ROOT\*\shell


Klik kanan pada "shell" dan memilih New Key, menamakan ia "Open with Notepad". Buat key baru di bawah Open with Notepad dan menamakan ia sebagai "command". Double-klik pada default pada kotak kanan dan masukkan data seperti berikut:

notepad.exe %1

Perubahan akan berubah dengan serta merta. Anda boleh cuba klik kanan pada mana mana file dan tengok berbezaan nya.